Antarabangsa

Tragedi MH17, Mahkamah Absahkan Kes Belanda Lawan Kumpulan Pemisah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 26 Januari 2023 – European Court of Human Rights (ECHR) pada hari ini telah membuat kenyataan bahawa kes Belanda melawan kumpulan pemisah yang melibatkan penerbangan MH17 telah diabsahkan.

Pesawat daripada Malaysia Airlines, penerbangan MH17 itu telah ditembak sebelum terhempas di sekitar timur Ukraine pada 2014 di mana ketika itu wilayah tersebut dikuasai oleh kumpulan pemisah Rusia.

Pada hari kejadian iaitu 17 Julai 2014, pesawat tersebut sedang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

BACA JUGA: Perbuatan Bakar Al Quran Adalah Jenayah Yang Tidak Bertamadun – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Per*gol Tukar Jantina Selepas Didakwa Di Mahkamah

BACA JUGA: PPIM Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden

Akibat daripada tragedi tersebut, kesemua 298 individu yang berada di dalam pesawat telah disahkan maut dan daripada jumlah tersebut, 43 daripadanya adalah warga Malaysia.

Belanda telah memfailkan kes tersebut kepada ECHR pada tahun 2020, dengan mengatakan bahawa tindakan kumpulan pemisah terbabit terhadap pesawat MH17 itu telah melanggar European Convention on Human Rights.

Pada November lalu, sebuah mahkamah di Belanda telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tiga orang lelaki di atas kesalahan menembak pesawat berkenaan sehingga ianya terhempas.

Keputusan mahkamah tersebut telah mendapat pujian oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Ismail Sabri Yaakob di mana beliau menyatakan bahawa Malaysia menyokong serta berpuas hati terhadap keputusan kes tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: