Tempatan

Perak benarkan berbuka puasa di masjid, surau

IPOH: Perak akan benarkan majlis iftar atau berbuka puasa dan moreh selepas solat sunat tarawih sepanjang Ramadan di semua masjid negeri ini, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata pihaknya akan menyediakan garis panduan berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“SOP yang lebih terperinci akan diedarkan kepada semua masjid dalam sehari dua lagi. Namun apa yang boleh saya katakan setakat ini, hidangan secara berhidang turut dibenarkan, tidak hanya juadah secara bungkus.

“Keputusan sama ada juadah secara berhidang atau juadah secara bungkus ia terpulang kepada jawatankuasa masjid masing-masing. Yang penting pastikan SOP dan kena ada penjarakan fizikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button