Peperiksaan UPKK PSRA: Cadangan Pelajar Boleh Menumpang Di Sekolah Berdaftar – PU Hafiz
SELANGOR, 26 Jun 2023 – “Isu beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berbeza-beza ini adalah kerana mereka ada kuasa di PBT. Memang tak dinafikan mereka ada kuasa untuk menyaman kalau tak ikut prosedur. Namun, kita menyarankan agar pihak PBT tidak mengeluarkan saman sepanjang tempoh Program Pemutihan berjalan.”
Sebenarnya, pihak PBT sepatutnya lebih memahami dan bersikap lebih matang dalam isu ini kerana Program Pemutihan sedang dijalankan. Selalunya, bahagian menyaman yang diuruskan PBT itu di bahagian lain dan bahagian Program Pemutihan pula dari bahagian lain.”
“Jadi apa yang saya nampak mereka semacam ada miscommunication di situ,” ujar Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), PU Muhamad Hafiz B. Muhamad Haneefa.
Menurut PU Hafiz, yang terkini, Program Pemutihan ini telah dilevi semula pada tahun 2023 dan saya salah seorang yang menganggotainya.
Jadi, 12 PBT dipanggil dan setiap 1 PBT diwakili 4 ke 5 orang dari pelbagai bahagian termasuk perlesenan, kelulusan PBT dan termasuk wakil daripada MAIS dan JAIS serta PITAS sendiri.
Beliau berkata, antara keputusan yang dicapai adalah memang ketidakseragaman walaupun panduan telah dibuat, kerana tidak ikut garis panduan yang dibuat.
Justeru, apabila melihat garis panduan ini seperti sukar membantu Tahfiz. Maka, tindakan selanjutnya adalah dengan mengadakan beberapa kali bengkel dan alhamdulillah satu garis panduan telah dicadangkan dan kini telah sampai ke peringkat akhir sebelum dibawa dalam kelulusan Kerajaan Negeri Selangor untuk endorsement.
“Kita berdoa dalam mungkin dua bulan lagi Insya Allah akan dibawa dalam mesyuarat dan diluluskan,” katanya.
Dari pihak PBT untuk makluman terkini, apa yang kita boleh buat adalah Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan atau KM terhad dahulu. Kontrak ini mungkin dalam 3 tahun sekali.
Tambah beliau, memang pendidikan kita perlu beri yang terbaik tetapi kalau tempat itu tidak diluluskan dari segi isu keselamatan dan bahaya yang tidak boleh dikompromi kerana perkara ini juga sangat penting, maka kita perlu akur.
Misalnya, sekolah didirikan di tanah di tepi gunung, di tepi sungai jadi memang ada pusat Tahfiz yang mungkin kena berpindah,” katanya.
Rumah Kedai Dan Bangunan Ada Syarat Berbeza
Manakala, untuk rumah kedai seperti yang saya katakan sebelum ini ada perbezaan bagi setiap PBT kerana ada yang boleh dan ada yang tak boleh dan terkini Insya Allah, pemutihan garis panduan terkini ini akan membolehkan dan dalam proses untuk diluluskan.
Justeru, Kita berharap Kerajaan Negeri meluluskan, kerana ia sudah di tahap akhir untuk diluluskan hatta rumah kedai yang lebih-lebih lagi rumah kedai yang tidak ada penuntut yang tinggal di sana kecuali dengan tujuan belajar.
Namun, berlainan pula prosedurnya jika rumah kedai yang menjadi pusat pengajian tetapi dalam masa yang sama ada penuntut tinggal di sana maka syaratnya juga lebih ketat.
Menurutnya bukan itu sahaja, proses kelulusan juga akan dilihat dan dinilai dari segi makanan dan cara penyediaan masakannya termasuk persekitaran dapur.
“Bangunan yang telah ada CF adalah lebih mudah untuk mendapatkan kelulusan. Hanya perlu mohon KM terhad dan proses kelulusan akan lebih mudah tetapi kerana hal ini juga saya kurang jelas kenapa PBT tidak meluluskan bangunan yang telah mempunyai CF?” soalnya.
“Mungkin ada miscommunication juga dengan pihak Kerajaan Negeri, maknanya tidak selari dengan apa yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan keputusan PBT sendiri maka hal ini wajar ditangani segera,” ujarnya.
Musibah Kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiyyah 6 Tahun Lalu Antara Sebab Syarat Kelulusan Diketatkan
PU Hafiz berkata, setelah berlaku musibah kebakaran 6 tahun lalu di Maahad Tahfiz Ittifaqiyyah, Keramat pada tahun 2017, mengakibatkan 23 pelajar meninggal dunia menjadikan asbab prosedur pendaftaran dilihat balik dan salah satunya adalah kelulusan dari Pihak Berkuasan Tempatan (PBT).
Jadi perkara itu, antara yang menjadikan sebab, bukannya syarat ketat dulu atau sekarang tetapi perkara itu dulu tidak diwajibkan, hanya syarat asas dari pihak bomba dan pihak kesihatan. Tetapi PBT melihat soal ini sebagai salah satu perkara penting daripada kelulusan bangunan.”
“Kita bersetuju bahawa, soal kelulusan isu keselamatan ini kita tidak boleh kompromi kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa manusia,” jelasnya.
Disebabkan hal itu maka, satu jawatankuasa ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Exco Agama ketika itu YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus dengan mengumpulkan kesemua 12 PBT dan Pihak Berkuasa Agama Negeri termasuk MAIS, JAIS serta Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatn Negeri pada Disember 2017.
Tambah beliau lagi, kini di bawah Exco Agama YB Zawawi juga meneruskan sehingga 2021 dan lulusnya satu garis panduan pemutihan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama supaya dapat didaftarkan.
Peperiksaan UPKK PSRA – Pelajar Boleh Menumpang Di Sekolah Berdaftar
Tambah beliau lagi, bagi Peperiksaan UPKK PSRA saya mencadangkan mana-mana Maahad yang tidak dapat renew pendaftaran boleh menumpang dahulu di sekolah lain buat sementara waktu dan perkara ini dibenarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurutnya, perkara ini juga pernah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mana-mana sekolah yang tidak dapat daftar maka dibolehkan menumpang di sekolah berdaftar terlebih dahulu.
“Pernah sekolah saya iaitu 20 tahun yang lalu telah membantu lebih 25 Sekolah Maahad Tahfiz,” katanya.
Ketika itu, mereka mengambil peperiksaan PMR di bangunan sekolah kami. Termasuk juga peperiksaan SPM dan juga UPSR. Pihak KPM juga membenarkan maknanya tumpang sementara sekolah asal mereka diberi kelulusan pendaftaran.
Bagaimanapun, pandangan saya apa-apa pun tertakluk kepada keputusan JAIS lah. Tetapi setakat ini memang dibenarkan dan boleh dipertimbangkan untuk didaftarkan melalui sekolah yang mempunyai pendaftaran.
Jelasnya, untuk penyelesaian terbaik seperti yang saya jelaskan tadi kita di peringkat jawatankuasa task force pemutihan ini sudah sampai di peringkat terakhir menilai kembali.
“Insya Allah Program Pemutihan ini akan diberi tempoh sehingga 3 tahun apabila diluluskan oleh Kerajaan Negeri.”
Jadi semua Institusi Agama, Sekolah Tahfiz di seluruh negara perlu terus berdaya saing, perlu lebih serius dalam menangani isu ini termasuk wajar segera membuat permohonan mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkenaan jika masih belum berbuat demikian,” ujarnya.