Tempatan

Penyokong Parti Politik Diingatkan Usah Provokasi, Patuhi Undang-Undang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Pihak polis menyeru semua penyokong parti politik untuk mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang menggugat proses demokrasi dan keharmonian negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis bagi mana-mana penyokong parti politik yang melakukan provokasi.

“Usah melakukan provokasi atau menimbulkan sebarang isu termasuk perkauman dan agama, tidak memuat naik sebarang ‘posting’ atau apa juga sisipan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah faham pada masyarakat umum.”

Beliau berkata, orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil kepada penyokong mana-mana parti yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, sebarang maklumat yang berkaitan bolehlah hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585, Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: