Tempatan

Haramkan Konjak Jeli, Budak Penghidap Asma Tercekik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 November 2022 – “Haramkan terus jerr… bukan risiko tercekik jer.. tapi berisiko untuk kanak2 penghidap asma.. anak2 buah aku dah 2 orang kena..”

 

konjak.jpeg?resize=561%2C99&is-pending-load=1#038;ssl=1

 

Seorang pengguna sosial media Facebook memuat naik komen sedemikian di bawah satu hantaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu penjualan ‘Konjak Jeli’ yang didakwa memberi risiko tercekik kepada kanak-kanak kerana teksturnya yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Menurut KKM, dalam penghasilan jeli, konjak, sejenis tumbuhan yang tinggi kandungan serat dipanggil ‘glukomannan atau konnyaki, konjonac, atau serbuk taro atau tepung keladi. Ia digunakan sebagai bahan aditif ataupun bahan pemekat dan dibenarkan di Malaysia namun, perlu berdasarkan saiz jeli yang dihasilkan.

Pengarah Kanan Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Norrani Binti Eksan memaklumkan, “Di Malaysia, produk konjak jeli dikawal di bawah Peraturan 139 (konfeksi sajian) dan juga Peraturan 139 A (konfeksi jeli terkawal).

Label produk bagi kategori 139 A ini hendaklah mengandungi pernyataan AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK dan perkataan TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN.”

Melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM telah memantau secara berterusan produk jeli ini sejak tahun 2018 dan enam (6) sampel dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139 A. Oleh itu, tindakan penarikan balik produk (recall) telah dikenakan oleh KKM.

Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memantau pengambilan produk berkenaan oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Orang ramai turut diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan ‘Konjak Jeli’ ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang aduan awam KKM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: