Antarabangsa

Penyiasatan Helikopter Terhempas Iran, Lebih Banyak Persoalan Timbul

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 01 Jun 2024 – Para penyiasat Iran masih belum dapat mengenalpasti punca kejadian helikopter terhempas yang telah menyebabkan kematian Presiden Ebrahim Raisi, Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian serta kesemua anak kapal yang turut bersama.

Namun badan penyiaran Iran, IRIB pada Rabu lalu telah melaporkan bahawa mereka cenderung bahawa kejadian tersebut adalah angkara sabotaj.

Helikopter model Bell 212 keluaran Amerika Syarikat (AS) itu telah terhempas pada 19 Mei di Azerbaijan Timur dan Staf Jeneral ketenteraan Iran telah dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh IRIB, sebuah letupan mungkin telah berlaku disebabkan perbuatan sabotaj dalam penerbangan tersebut.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa tiada sebarang kerosakan yang dapat menyebabkan kemalangan tersebut yang dapat ditemui sepanjang penyiasatan tersebut. Berat helikopter sewaktu berlepas juga “masih berada dalam had yang dibenarkan”.

Berikutan kematian pemimpin negara tersebut, pendaftaran calon akan dibuka sehingga 3 Jun dan para calon akan ditapis oleh Majlis Penjaga yang terdiri daripada 12 orang ahli daripada kalangan ulama’ serta ahli perundangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: