Antarabangsa

Penyeludup Dadah Rentas Sempadan Guna Laluan Baru Asia Tenggara – PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 02 Jun 2023 – Pasaran gelap dadah sintetik di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur kini telah berkembang dengan penuh kepelbagaian sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kini sindiket penyeludupan dadah telah mula menggunakan laluan-laluan baharu dalam menghantar dadah methamphetamine dan beberapa jenis dadah lain dalam skala yang besar di seluruh rantau itu.

BACA JUGA: Kalimah Allah: PN Kemuka Akta Tafsiran

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

Dalam percubaan untuk mengelakkan daripada dikesan, kumpulan-kumpulan jenayah terancang di ‘Golden Triangle’ yang merupakan kawasan yang tidak mempunyai undang-undang yang terletak di kawasan di mana sempadan utara Thailand, Myanmar dan Laos bertemu, telah memindahkan sejumlah besar dadah methamphetamine kristal melalui wilayah pusat Myanmar ke Laut Andaman.

Menurut UN Office on Drugs and Crime (UNODC), tindakan itu hanya merupakan salah satu laluan baharu yang digunakan. Selain itu, terdapat juga laluan lain seperti laluan penyeludupan yang melalui selatan Thailand dan Laos.

Walaupun ‘Golden Triangle’ dan negeri Shan di Myanmar adalah lokasi yang sering dijadikan tempat penghasilan dadah sintetik serta penanaman opium di rantau tersebut, namun kumpulan-kumpulan jenayah terancang ini juga turut membuka kawasan baru bagi operasi mereka di tempat lain seperti di Kemboja.

UNODC juga telah membuat kenyataan bahawa Asia Selatan kini telah bergabung lebih rapat dengan pasaran dadah Asia Tenggara di mana dadah methamphetamine telah diseludup dengan jumlah yang sangat besar daripada Myanmar ke Bangladesh dan utara India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: