Tempatan

Penyelewengan Barang Subsidi: KPDN Berjaya Rampas 5,000 Liter Minyak Diesel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMENYIH, 24 Mac 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya merampas 5,000 liter minyak diesel menerusi OPS TIRIS dalam satu serbuan di Semenyih baru-baru ini.

Menurut kenyataan media kementerian itu, pada 21 Mac 2023, kira-kira jam 9.30 malam, sepasukan anggota penguat kuasa daripada KDPN Putrajaya menyerbu lokasi premis tanpa nombor yang dipercayai menjadi stor penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi.

Selain 5,000 liter minyak, KPDN turut menemukan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel. Serbuan yang dilakukan adalah hasil risikan oleh pihak KPDN beberapa hari sebelum serbuan.

Dalam pada itu, kenyataan menyebut, “Minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.”

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM13,250.00,” memetik kenyataan.

Selain itu, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut kes sedang berjalan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkenaan serta rantaian pengedaran minyak termasuk sumber diperolehi dan diedarkan.

KPDN mengingatkan kepada mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan. Menurut mereka, mana-mana pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan denda tidak lebih RM1,000,000.

“Manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya idak melebihi RM5 juta.”

BACA JUGA: Uganda Lulus RUU Penjara 10 Tahun Terhadap Individu LGBTQ

BACA JUGA: Cubaan Batal Kebenaran Tukar Agama Kanak-Kanak Unilateral, Islam Makin Tercabar

BACA JUGA: Kementerian Akan Kaji Dakwaan Malaysia Bakal Kehilangan 2.3 Juta Hektar Hutan

Di samping itu, syarikat berkenaan juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

Mengulas lanjut, KPDN akan mempergiatkan lagi operasi terhadap pihak-pihak lain yang terlibat melalui proses pengauditan bersama agensi lain seperti Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hal ini bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan barangan subsidi dapat dibanteras daripada terus berleluasa.

KPDN juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak berkaitan sekali gus menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam sindiket haram ini. Tindakan tegas turut akan diambil termasuk dakwaan di Mahkamah.

Tambah mereka, masyarakat disaran memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:
i. Whatsapp 019-279 4317/019-848 8000
ii. Portal e-Aduan KPDN: http://e.aduan.kpdn.gov.my
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. E-mel ([email protected])
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088/6245

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: