Antarabangsa

Penyelesaian Dua Negara: PM Rejim Haram Aparteid Israel Nafi Kewujudan Negara Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 23 September 2022 – “Buktikan bahawa Hamas dan Jihad Islam tidak akan mengambil alih negara Palestin yang anda ingin wujudkan,” ujar Perdana Menteri rejim haram aparteid Israel, Yair Lapid ketika menafikan kewujudan Palestin sebagai sebuah negara.

Dalam ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-77, Yair Lapid menyatakan sokongannya terhadap penyelesaian dua negara kerana memikirkan keselamatan, ekonomi dan masa depan pendatang haram negara Palestin.

“Perjanjian dengan rakyat Palestin, berdasarkan dua negara untuk dua kerakyatan, adalah perkara yang betul untuk keselamatan Israel, ekonomi Israel, dan masa depan anak-anak kita,” ujarnya, lapor agensi berita Timur Tengah.

Dia berkata sedemikian apabila ramai pihak melihat peluang keberhasilan penyelesaian dua negara semakin tipis susulan pembinaan penempatan haram rejim Israel di Tebing Barat iaitu masa depan rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun, pemimpin rejim haram itu dipercayai mengelak daripada mengulas tentang isu tersebut dan berpendapat bahawa sebarang perjanjian dengan Palestin haruslah bersyarat.

Mengulas lanjut mengenai syarat berkenaan, dia berkata, “Bahawa masa depan negara Palestin akan menjadi aman. Ia tidak akan menjadi satu lagi pangkalan pengganas yang boleh mengancam kesejahteraan dan kewujudan Israel. Kami akan berupaya melindungi keselamatan semua rakyat Israel, pada setiap masa.”

Selain itu, dia turut mengatakan bahawa ‘pergerakan anti-Israel’ telah menyebarkan pembohongan selama bertahun-tahun mengenai rejim haram aparteid Israel menerusi laman media sosial.

Tidak ketinggalan, Yair Lapid mencabar pengkritik untuk ‘datang melawat’ rejim haram sekali gus memuji langkah Timur Tengah dan beberapa negara majoriti Islam yang memutuskan untuk menormalisasikan hubungan dengan rejim haram itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: