Antarabangsa

Penyebab Kematian 100 Kanak-Kanak, Indonesia Hentikan Jualan Ubat Sirap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 21 Oktober 2022 – Susulan kematian hampir 100 kanak-kanak akibat buah pinggang akut tahun ini, Kementerian Kesihatan Indonesia mengarahkan semua farmasi seluruh negara menghentikan jualan ubatan jenis cecair buat sementara waktu.

Perintah itu ditandatangani oleh Pemangku Ketua Pengarah Kesihatan, Murti Utami dan berkuat kuasa sehingga pengumuman rasmi dikeluarkan.

Lapor berita tempatan, ia diputuskan menerusi surat pekeliling mengenai penyiasatan epidemiologi dan pelaporan kecederaan buah pinggang akut progresif atipikal di kalangan kanak-kanak.

Dalam pada itu, surat pekeliling berkenaan mengarahkan semua petugas kesihatan di fasiliti kesihatan agar tidak memberi ubat sirap buat sementara waktu.

Manakala fasiliti kesihatan pula dikehendaki merujuk hospital yang mempunyai pakar doktor buah pinggang dan kemudahan hemodialisis untuk golongan kanak-kanak sekiranya mempunyai pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah buah pinggang akut.

Jelas kementerian, rujukan harus dibuat sekiranya fasiliti kesihatan berkenaan tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan seperti Unit Rawatan Tinggi (HCU) dan Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Sebelum ini samudera.my melaporkan Indonesia mengharamkan penggunaan ramuan dalam penghasilan ubat batuk yang dikatakan menjadi punca kes kematian 70 kanak-kanak di The Gambia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: