Tempatan

Penyakit Mental Bukan Penyakit ‘Sihir’ – Dr Muna Hamiza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 07 Oktober 2022 – “Penyakit mental wujud, dia bukan penyakit buatan orang ataupun penyakit yang orang saja hadapi, dia saja rasa dia ada penyakit mental sebab dia nak attention,” jelas Dr Muna Hamiza, Pakar Psikiatri di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Tambah beliau, penyakit ini wujud dan telah banyak program-program berkenaan kesihatan mental diadakan, yang mana diharap ianya dapat membuka mata masyarakat tentang wujudnya penyakit mental ini.

Oleh itu, sekarang adalah penting untuk masyarakat tingkatkan pengetahuan berkenaan penyakit mental, kata beliau.

Dr Muna Hamiza turut berkongsi rawatan bagi pesakit mental, di mana ianya bergantung kepada tahap kesihatan pesakit sendiri seperti penyakit-penyakit lain yang memerlukan rawatan mengikut tahap penyakit tersebut.

Ada pesakit mental yang hanya perlu mendapatkan rawatan dengan mengambil ubat-ubatan sahaja, tetapi ada juga jenis penyakit mental yang lebih kritikal yang perlu mengambil ubat sepanjang hayatnya.

Ini kerana rawatan pesakit mental bergantung kepada tahap keterukan dan ada juga pesakit yang lebih teruk yang mungkin tidak berkesan dengan ubat terpaksa melalui rawatan Electroconvulsive Therapy (ECT), rawatan elektrik yang ditarget di otak pesakit.

Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang ringan boleh diberikan rawatan seperti talking theraphy, untuk pesakit tahap sederhana pula mungkin perlu mengambil ubat-ubatan dan kalau keadaan mereka teruk itu sehingga tahap perlukan rawatan ECT.

Dalam sidang media majlis pelancaran modul HealHer tersebut juga, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar memaklumkan bahawa golongan remaja adalah antara golongan yang menjadi fokus pelaksanaan ‘HealHer Bantuan Asas Psikologi Untuk Wanita’.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata antara langkah untuk memfokuskan kepada golongan remaja adalah mewujudkan bengkel-bengkel bagi membantu golongan tersebut dengan cara yang betul.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: