Antarabangsa

Penyakit Kulit Merebak Dalam Kalangan Kanak-Kanak Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 06 Julai 2024 – Penduduk Gaza telah berkongsikan keadaan anaknya yang tidak boleh tidur malam kerana tidak berhenti menggaru badannya, menurut laporan.

Anak lelaki kepada Wafaa Elwan yang berusia lima tahun itu dikatakan tidak boleh tidur sepanjang malam di khemah tempat dia dan tujuh anaknya berteduh.

“Anak saya tidak boleh tidur sepanjang malam kerana dia tidak boleh berhenti menggaru badannya,” kata ibu kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan mempunyai tompok putih dan merah di kakinya dan lebih banyak lagi di badannya yang mana dia merupakan salah seorang daripada ramai penduduk Gaza yang mengalami jangkitan kulit mulai dari kudis hingga cacar air, kutu, impetigo dan ruam yang melemahkan.

“Kami tidur di atas tanah, di atas pasir di mana cacing keluar di bawah kami.

“Kami tidak boleh memandikan anak-anak kami seperti dahulu. Tiada produk kebersihan dan sanitari untuk kami mencuci dan membersihkan tempat tersebut. Tidak ada apa-apa,” kata Elwan.

Laporan sama turut melaporkan bahawa menurut PBB, lebih 150,000 orang di wilayah Palestin telah dijangkiti penyakit kulit dalam keadaan yang kotor di mana penduduk Gaza yang dipindahkan terpaksa tinggal sejak peperangan meletus pada 7 Oktober.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: