Tempatan

Penyakit HFMD Naik 20 Kali Ganda, 47,209 Kes Dicatatkan Tahun 2022 – Kementerian Kesihatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 25 Mei 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan sejumlah 47,209 kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia telah dilaporkan iaitu dengan peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding tahun 2021.

Peningkatan mendadak sehingga 106.6% pada minggu epidemologi (ME) 20/2022 iaitu sebanyak  15,548 kes berbanding ME 19/2022 iaitu 7,526 kes di seluruh negara.

KKM memaklumkan bahawa peningkatan tersebut telah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan hari raya.

Dalam kenyataan sama turut melaporkan, dua kes HFMD positif yang telah dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan kedua-dua kes tersebut adalah kanak-kanak berumur bawah 6 tahun.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 43,736 kes (93%), diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 2,765 kes (6%).

Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 696 kes bersamaan dengan (1%) sahaja.

Majoriti lokasi penularan wabak berlaku adalah di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu sebanyak 711 wabak (61%), jelas Dr Noor Hisham.

KKM juga telah menjalankan sesi libat urus dengan agensi yang menyelia pengurusan taska, tadika dan pra-sekolah, selain mengeluarkan surat alert berikutan peningkatan kes HFMD.

Sesi libat urus tersebut antaranya memberi penekanan kepada saringan di pintu-pintu masuk taska, tadika dan prasekolah (gate-keeping) bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.

Seterusnya, pengusaha taska, tadika dan pra-sekolah dinasihatkan agar menyediakan tempat mencuci tangan yang bersesuaian dengan menekankan tuntutan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.

Selain itu, KKM turut memberi peringatan mengenai pengurusan kanak-kanak iaitu membersihkan dan melakukan basmi kuman alat permainan anak serta lantai rumah terutama tandas dengan menggunakan larutan chlorine based, pengurusan lampin pakai-buang yang betul dengan membuangnya ke tong sampah bertutup dan menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak- anak yang lain.

 

Leave a Reply

Back to top button