Antarabangsa

Ahli Parlimen Perancis Disergah ‘Balik Afrika’ Semasa Perjuangkan Migran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 04 November 2022 – Seorang ahli parlimen Perancis telah mencetuskan kekecohan apabila beliau menjerit “Pulang semula ke Afrika” ketika seorang ahli parlimen yang berkulit hitam sedang menyatakan ulasan sewaktu sesi Parlimen.

Gregiore de Fournas, seorang ahli parlimen dari parti National Rally telah memotong ucapan Carlos Martens Bilongo, wakil dari parti berhaluan kiri, France Unbowed ketika sesi sedang berlangsung.

Ketika sesi sedang berlangsung, Bilongo sedang menyeru kerajaan Perancis untuk bekerjasama dengan Itali bagi membantu menyelamatkan ratusan pendatang Afrika dari laut Mediterranean.

Ketika sedang berucap, De Fournas bertindak memotong ucapannya dengan melaungkan,

“Pulang semula ke Afrika.”

Perbuatan De Fournas itu telah menimbulkan kekecohan di dalam ruang parlimen tersebut dan ianya telah menyebabkan Yael Braun-Piyet, Presiden bagi Perhimpunan Nasional membuat keputusan bagi menunda sesi parlimen terbabit.

Bilongo dan partinya, France Unbowes telah menyifatkan laungan tersebut sebagai sebuah serangan peribadi yang bersifat perkauman, walaupun parti yang diwakili oleh de Fournas menyatakan bahawa ia sebenarnya ditujukan kepada para pendatang Afrika yang sedang dibahaskan ketika itu.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai kejadian tersebut, Bilongo menjawab,

“Pada hari ini, beberapa orang sekali lagi telah meletakkan warna kulit saya sebagai tumpuan perdebatan. Saya dilahirkan di Perancis dan saya merupakan seorang ahli parlimen Perancis dan saya sama sekali tidak menyangka yang saya akan dihina seperti ini di Perhimpunan Nasional.”

Berikutan kejadian tersebut, parlimen Perancis akan mengadakan sidang mesyuarat pada Jumaat ini bagi menentukan hukuman terhadap de Fournas berkenaan tindakannya itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: