Antarabangsa

Penutur Arab Meningkat Mendadak Di AS – Kajian PEW

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 26 Mei 2023 – Sebuah kajian terkini berkenaan data bancian di Amerika Syarikat (AS) yang telah dikeluarkan oleh PEW Research Center di Washington D.C. telah menyimpulkan bahawa bahasa Arab kini adalah bahasa yang mengalami peningkatan dari sudut penggunaannya di negara itu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa di AS, jumlah mereka yang bertutur di dalam bahasa Arab di rumah kini mengalami peningkatan daripada seramai 215,000 orang pada tahun 1980 ke 1.4 juta orang pada tahun 2021.

BACA JUGA: Jabatan Penjara Benar Lawatan Keluarga 2 Hari Sempena Pesta Menuai

BACA JUGA: YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat

BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

Penyelidik bersama PEW, Jeffery Passel dan Mohamad Moslimani menyatakan bahawa menurut analisis yang mereka jalankan, bahasa Arab kini adalah bahasa ke-7 yang paling kerap digunakan di rumah-rumah di AS.

Menurut mereka lagi, perkembangan penggunaan bahasa Arab di AS kini telah mengatasi perkembangan bahasa-bahasa asing lain yang berasal dari Timur Tengah seperti Parsi, Hebrew dan Turkiye.

Penyelidikan tersebut turut menambah bahawa jumlah mereka yang bertutur dalam bahasa Arab di AS kini lebih tinggi daripada golongan imigran yang datang dari Jerman atau Itali.

Dapatan daripada kajian yang sama juga menyatakan bahawa peningkatan mereka yang bertutur dalam bahasa Arab di AS adalah disebabkan imigrasi mereka yang datang daripada negara yang menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan khususnya daripada Timur Tengah.

Kajian tersebut juga menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang bertutur dalam bahasa Arab di AS berpusat di kawasan Detroit, di mana kawasan tersebut menempatkan sekitar 13 peratus daripada keseluruhan penutur bahasa Arab di AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: