Tempatan

Penutupan Kedai Judi Beri Risiko Ketagihan Parah – Syarikat Judi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Syarikat judi Da Ma Cai memberi amaran bahawa penutupan kedai judi akan mengakibatkan ketagihan judi yang parah selain peningkatan dalam isu sosial, lapor berita tempatan.

Katanya, sekiranya kedai judi tidak beroperasi, orang ramai akan beralih kepada sindiket nombor ramalan atau platform haram judi atas talian yang boleh diakses 24 jam.

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

BACA JUGA: Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan

BACA JUGA: Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama

Ia sekali gus boleh meningkatkan risiko ketagihan dan isu sosial, katanya lagi susulan daripada tindakan kerajaan Perlis untuk tidak lagi memperbaharui lesen premis judi selepas tamat tempoh pada tahun hadapan.

Mengulas lanjut, tindakan menutup kedai judi di Perlis bukan sahaja akan mengurangkan RM2,544 daripada hasil kutipan lesen, malah ia juga akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan sekali gus menjejaskan kehidupan dan kemerosotan ekonomi di kawasan berkaitan.

Terdahulu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Fakhrul Anwar Ismail memberitahu bahawa operasi bagi enam premis perjudian di Perlis tidak akan disambung selepas tamat tempoh iaitu pada Mac 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: