Antarabangsa

Arab Saudi, OPEC+ Bakal Kurangkan Pengeluaran Minyak Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 03 April 2023 – Arab Saudi secara sukarela akan mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 500,000 tong sehari dari Mei hingga penghujung tahun 2023. Ia selaras dengan keputusan ahli gabungan pengeluar minyak yang lain, lapor Agensi Akhbar Saudi pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri Rusia turut berkata Moscow akan melanjutkan pemotongan sukarela sebanyak 500,000 tong sehari sehingga akhir tahun 2023. UAE, Kuwait, Iraq, Oman dan Algeria juga akan secara sukarela mengurangkan pengeluaran dalam tempoh masa yang sama.

BACA JUGA: Lombong Tasik Chini Masih Terhakis

BACA JUGA: Orang Melayu Sendiri Label Orang Sebagai Religious Bigot

BACA JUGA: Bahas Isu Pengeluaran KWSP Ditolak, MP Pembangkang Keluar Dewan Rakyat

Suhail bin Mohammed Al-Mazrouei, Menteri Tenaga Saudi berkata dalam satu kenyataan bahawa pemotongan sukarela oleh kerajaan itu adalah langkah berjaga-jaga yang bertujuan menyokong kestabilan pasaran minyak.

Sejumlah lebih 1 juta tong sehari pengurangan pengeluaran minyak oleh Arab Saudi, Iraq, UAE, Kuwait, Algeria dan Oman dari Mei hingga akhir tahun 2023. Ini merupakan pengurangan terbesar sejak OPEC mengurangkan 2 juta tong sehari pada Oktober.

Menurut ketua firma pelaburan Pickering Energy Partners pada Ahad, pemotongan pengeluaran 1.15 juta tong sehari OPEC yang tidak dijangka ini boleh menaikkan harga minyak global sebanyak 10 dolar setong.

Pengurangan pengeluaran akan mengukuhkan harga minyak mentah di pasaran dunia supaya lebih relevan dan berkemungkinan akan mendapat pergerakan kepada 10 dolar setong minyak mentah, kata Pickering kepada Reuters, pengasas bersama firma yang berpangkalan di Houston.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: