Antarabangsa

100 Ibu Bapa Protes Bantah Pengajaran Bahan LGBT Di Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANCHESTER, 10 Julai 2023 – Kira-kira 100 ibu bapa Muslim membantah pengajaran bahan LGBT dalam sebuah demonstrasi di hadapan Birchfields Primary School di Manchester baru-baru ini.

Dalam demonstrasi tersebut, mereka memegang papan tanda bertulis ‘Stop Sexualising Our Children’, ‘Save Our Kids From Age Inappropriate Material’, ‘Our Kids Our Consent’ dan lain-lain lagi.

Menerusi laporan media antarabangsa, pihak sekolah dipercayai telah menayangkan sebuah video pendidikan seks eksplisit kepada kanak-kanak sekitar 6-8 tahun, di mana video tersebut mendedahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki menukar jantina kepada perempuan dengan penerimaan orang sekeliling bahawa perkara itu dibenarkan.

BACA JUGA: Skim Gaji Perkhidmatan Awam Akan Disemak Semula

BACA JUGA: Permohonan Jaga Akidah Anak Mualaf, Keputusan Gantung Prosiding Pada 26 Julai 2023

BACA JUGA: KPKT Perkenal Garis Panduan Pelihara 9 Bandar Diraja Malaysia

Mohammed Sajaad, bapa seorang pelajar sekolah berkenaan bertegas, “Adakah sekolah memberitahu kita? Siapa yang maklum pada kita? Anak kita sendiri!”

Tambahnya, anak beliau diberitahu oleh guru, “Sekiranya semua orang mati dan hanya tinggal perempuan, mereka boleh berkahwin sesama perempuan.”

Katanya, ibu bapa sangat kecewa dengan tindakan pihak sekolah. Mereka telah meminta supaya semua kandungan sensitif dan tidak sesuai disemak semula namun pihak sekolah menekankan bahawa ia tidak ‘pernah mengajar pendidikan seks’ sebaliknya berjaya mengajar ‘pendidikan perhubungan’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: