Antarabangsa

AS Jadikan Warga Afrika Tikus Makmal – Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 06 November 2023 – Kementerian Pertahanan Rusia telah membuat dakwaan bahawa Amerika Syarikat sedang mengeksploitasi Afrika sebagai tapak percubaan dan sedang memindahkan projek-projek persenjataan biologi dari Ukraine ke benua Afrika.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media Russian Times (RT) dengan laporan bahawa Leftenan Jeneral Igor Kirillov yang merupakan ketua bagi Tentera Perlindungan Nuklear, Kimia dan Biologi bagi ketenteraan Rusia telah mengeluarkan sebuah kenyataan berkenaan siri eksperimen haram yang sedang berlaku di Nigeria.

Selain daripada Nigeria, terdapat juga negara-negara Afrika lain yang turut berhadapan dengan perkara yang sama.

Menurut Kirillov, projek “tikus makmal” itu diketuai oleh America’s Defense Threat Reduction Agency (DTRA), National Security Agency (NSA) dan juga Jabatan Negara.

Ujarnya lagi, Washington mendakwa bahawa projek-projek biologi di Nigeria adalah bertujuan untuk membanteras HIV/AIDS. Kirillov kemudiannya menyatakan bahawa 60 peratus dari warga Nigeria sedang menderita dengan penyakit setelah menerima terapi antivirus menggunakan produk-produk farmaseutikal dari sebuah syarikat biofarmaseutikal “yang berkaitan dengan Pentagon”, Gilead Sciences. Ujarnya lagi,

“Walau bagaimanapun, keberkesanan program ini telah menimbulkan kebimbangan yang serius. Walaupun dana tahunan meningkat sehingga ke jumlah hampir $100 juta, kadar insiden HIV sama sekali tidak berubah dan sama dengan angka pada tahun 2009. Kadar kematian dalam kalangan mereka yang dijangkiti HIV juga menunjukkan peningkatan yang tidak menyenangkan”.

“Para farmaseutikal AS, walaupun menggunaan (produk) meningkat di Nigeria, tidak mempunyai kesan terapeutik yang ketara, dan warga Nigeria kini sedang dieksploit sebagai ‘sumber klinikal percuma’”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: