Antarabangsa

Penularan Demam Campak Meningkat Di Seluruh Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 27 November 2022 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan awam Amerika Syarikat (AS) memperingatkan orang ramai bahawa penyakit demam campak boleh menjadi ancaman kepada seluruh dunia.

Penularannya semakin memburuk dan dilaporkan merebak di kebanyakan negara di seluruh dunia susulan pandemik COVID-19 yang menjejaskan program suntikan vaksinasi serta pemantauan jangkitan penyakit itu.

Menurut laporan, peningkatan besar penularan penyakit itu direkodkan sejak awal tahun ini, iaitu meningkat daripada 19 kepada hampir 30 menjelang September lalu.

Virus demam campak adalah antara yang paling mudah berjangkit dan boleh dicegah sepenuhnya melalui vaksinasi.

Bagaimanapun, ia memerlukan kira-kira 95 peratus liputan vaksinasi untuk mencegah penularan penyakit itu dalam kalangan penduduk.

WHO dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS melaporkan, hampir 40 juta kanak-kanak gagal mendapatkan suntikan vaksin demam campak pada 2021 akibat halangan disebabkan pandemik COVID-19.

Malah, jelas laporan itu, jumlah berkenaan merupakan yang tertinggi pernah direkodkan.

Kata Ketua WHO sektor penyakit demam campak, Patrick O’Connor, langkah awal perlulah diambil walaupun kes belum meningkat secara mendadak.

“Kita berada di suatu tahap yang mana perlu membuat keputusan sangat penting kerana 12 hingga 24 bulan akan datang bakal menjadi tempoh yang amat mencabar untuk menangani masalah ini,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: