Tempatan

Monkeypox: Pengembara Dari Luar Perlu Jalani Ujian Saringan – Jabatan Kesihatan Kelantan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KELANTAN, 18 Ogos 2022 – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan melakukan ujian saringan secara terperinci terhadap mana-mana pengembara yang disyaki mempunyai simptom penyakit monkeypox, menurut Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau memaklumkan bahawa perkara tersebut diputuskan JKNK susulan peningkatan kes monkeypox di negara jiran, Thailand.

Justeru, JKNK akan memantapkan lagi kesiapsiagaan di pintu sempadan negara bagi memastikan tiada penularan kes monkeypox ke negara ini, ujar Datuk Dr Zaini Hussin.

Sebelum ini, beberapa buah negara telah mengisytihar darurat berikutan penularan wabak monkeypox yang kebanyakannya melibatkan lelaki gay atau biseksual.

Gabenor New York, Kathy Hochul terpaksa mengisytiharkan darurat bencana disebabkan oleh peningkatan kes monkeypox, menurut pengumuman rasmi Gabenor di laman web kerajaan New York.

Awal sebelum New York, Gabenor California, Gavin Newson juga mengisytiharkan darurat setelah negara itu diserang jangkitan monkeypox sehingga mencatat sejumlah 5,800 kes.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: