Tempatan

Penternak Gesa Harga Ayam Ditinggikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 01 Jun 2022 – Persatuan Penternak Ayam Pahang menggesa pihak Kerajaan agar menaikkan harga siling ayam seiring dengan naiknya harga barang makanan lain berikutan bekalan ayam masih tinggi permintaannya di pasaran tempatan.

Kata mereka, usaha kerajaan untuk menghentikan sementara pengeksportan ayam itu tidak memberi kesan besar kepada penternak kerana penternak memerlukan tempoh yang lama untuk menstabilkan kembali keadaan ladang bagi mendapatkan jumlah pengeluaran ayam sama seperti dahulu.

Mengulas lanjut, harga ayam tidak logik jika terus kekal pada kadar RM8.90 jika harga barangan makanan lain terus meningkat naik.

“Pengeluaran ayam negara sebelum pandemik adalah sebanyak 4 juta ekor sehari. Setelah pelbagai liku yang kami hadapi, kami masih perlukan masa lagi untuk mencapai tahap pengeluaran seperti dahulu,” ujar mereka.

Malah, menurut mereka kemasukan ‘muka baharu’ serta ada sesetengah penternak yang tidak berani menambah jumlah ayam di ladang turut merencatkan proses pengeluaran ayam yang banyak sekaligus tidak mencapai standard seperti sebelum ini.

“Mereka yang baru perlu banyak lagi belajar tentang ternakan ayam ini. Itu yang wujud masalah ayam tidak cukup saiz, penternak kontrak tak berani masuk ayam dan mengambil inisiatif sewakan kepada ‘muka baharu’,” tambah mereka lagi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa eskport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan akan dihentikan bermula 1 Jun ini sehinga harga ayam dan pengeluaran ayam kembali stabil.

Harga ayam sebelum ini naik pada kadar yang membimbangkan dan ia merisaukan masyarakat setempat.

“Bekalan ayam kami merosot. Kami kena tutup pesanan untuk sate ayam walaupun itu pilihan sate yang paling popular sekali dalam menu kami. Meskipun tidak ditutup, kami hilang keuntungan,” ujar pemilik warung satay, Sate Haji Samuri di Kajang.

Sesetengah peniaga terpaksa mendahulukan pelanggan tetap mereka berikutan bekalan bahan mentah itu yang berkurangan.

Bahkan, ada pengguna yang sanggup bayar pada harga yang lebih tinggi bagi mendapatkan makanan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: