Antarabangsa

Wanita Gunakan Anak Angkat Sebagai Bahan Pornografi Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 06 November 2022 – Seorang wanita telah menggunakan kanak-kanak yang dijaganya sebagai bahan penciptaan dan pengedaran pornografi kanak-kanak.

Menurut pendakwa raya persekutuan, wanita tersebut, Stefani Kasey Marie Stevens dari California telah mengambil hak penjagaan bayi tersebut supaya dia boleh mencipta pornografi kanak-kanak dan menghantarnya kepada pengguna dalam aplikasi permesejan Kik.

Stevens didapati bersalah pada 1 November lalu atas pelbagai pertuduhan berkaitan penciptaan dan pengedaran pornografi kanak-kanak, termasuk satu pertuduhan “mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak bawah umur dengan niat untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak”, menurut siaran berita daripada Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) untuk Daerah Tengah California.

Terdahulu, pihak berkuasa telah melaksanakan waran geledah di rumahnya di Yucaipa, kira-kira 80 batu di timur Los Angeles pada November 2019 selepas dia mengaku mengambil gambar lucah kanak-kanak bawah umur untuk dihantar kepada orang ramai di Kik.

Pada Oktober dan November 2019, Stevens turut mengambil gambar lucah daripada mangsa yang berlainan berusia bawah 12 tahun dan menyimpannya dalam akaun dalam talian bersama-sama dengan ratusan imej dan video pornografi kanak-kanak lain.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Jabatan Kanak-Kanak dan Perkhidmatan Keluarga oleh pihak berkuasa dan disatukan semula dengan ibunya.

Menurut Jabatan Kehakiman, perbicaraan hukuman Stevens dijadualkan pada 24 April nanti dan bakal berhadapan dengan hukuman minimum mandatori 30 tahun penjara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: