Penjawat Awam Wajib Pakai Batik Malaysia Setiap Khamis
PUTRAJAYA, 22 Ogos 2023 – Semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis berkuatkuasa 21 Ogos 2023.
Menerusi surat edaran ‘Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan’ bertarikh 21 Ogos 2023, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.
“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan semenjak 1985.”
BACA JUGA: Rakyat Jakarta Bekerja Dari Rumah, Kurangkan Pencemaran Udara
BACA JUGA: Pulau Marambong Bakal Diusul Sebagai Pangkalan Maritim Malaysia – ADUN Johor
BACA JUGA: Pemburu Haram Tumpas Setelah 10 Tahun
“Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja lain.”
Melalui ketetapan baharu itu, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, adalah dibatalkan serta merta.
Surat yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, turut diedarkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.