Antarabangsa

Lebih 50 Negara Anggota PBB Kutuk Pencabulan Hak Asasi Manusia Komuniti Uighur – HRW

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 25 Oktober 2023 – 51 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan deklarasi bersama mengutuk jenayah Kerajaan China terhadap pencabulan hak asasi manusia ke atas komuniti Uighur dan Turki di wilayah Xinjiang, menurut laporan Human Right Watch.

Laporan tersebut berkata, berdasarkan kepada kenyataan Timbalan Perwakilan Tetap Britain, James Kariuki kepada Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB pada 18 Oktober lalu, beliau menyebut, “Warga Uighur dan minoriti lain yang kebanyakannya Islam di Xinjiang terus mengalami pencabulan hak asasi manusia yang serius” di mana kenyataan beliau itu adalah memetik kepada laporan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB pada Ogos 2022.

Laporan itu difahamkan turut mengutuk pencabulan tersebut serta menyifatkan ia mungkin merupakan jenayah antarabangsa khususnya jenayah terhadap kemanusiaan.

Dalam kenyataan yang sama, Pesuruhjaya Tinggi PBB, Volker Türk turut menggesa agar Beijing mengikuti saranan laporan 2022 pejabatnya dan mengambil “tindakan pemulihan yang kuat” yang masih belum dilakukan oleh China.

Walau bagaimanapun, menurut laporan tersebut, China telah menemui delegasi yang bersimpati untuk mengeluarkan kenyataan sokongan di mana pada tahun ini Pakistan menyatakan kenyataan bersama kepada Jawatankuasa Ketiga mengatakan situasi yang berlaku di Xinjiang merupakan “hal ehwal dalaman” China serta menentang “pempolitikan hak asasi manusia”.

Laporan HRW itu turut berkata, delegasi PBB China menyatakan sebanyak 72 negara menyokong kenyataan tersebut walaupun negara-negara tersebut tidak sedar yang mereka disenaraikan sebagai penandatangan.

Sehubungan itu, HRW menyeru ahli PBB untuk menggunakan setiap peluang untuk membangkitkan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Xinjiang, Tibet, Hong Kong serta tempat lain di China di samping turut menggerakkan sokongan untuk penyiasatan rasmi PBB berhubung pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Xinjiang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: