Tempatan

Penjawat Awam Pahang Bakal Nikmati Bonus Lebih Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 28 Ogos 2022 – Penjawat awam negeri Pahang bakal menikmati jumlah bonus yang lebih pada tahun ini berbanding tahun lalu jika Kerajaan Negeri berjaya mencapai kutipan hasil RM1 bilion, ujar YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG BAKAL TERIMA LEBIH BONUS JIKA CAPAI HASIL RM1 BILION

Beliau mengatakan bahawa ia boleh dipertimbangkan atas dasar cakna terhadap kebajikan penjawat awam yang setia berkhidmat untuk kerajaan.

“Misalnya pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah memberi saguhati kepada setiap penjawat awam Pahang berjumlah RM1,200 manakala sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pula Kerajaan Negeri turut memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,200 juga.”

“InsyaAllah saya sudah bercakap dengan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, dengan YB Pegawai Kewangan Negeri, kalau kita berjaya capai sasaran tahun ini yang berbaki lagi RM110 juta itu, kita akan bagi lebih dari sebelum ini,” ujar beliau.

Wan Rosdy menekankan peranan penjawat awam yang sangat penting bagi membantu melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan demi mencapai segala objektif dan matlamat negara.

Beliau turut berharap agar inisiatif atau ganjaran yang diumumkan nanti dapat menyuntik semangat kepada penjawat awam untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat dan negara.

Selain itu, Wan Rosdy menyeru anggota perkhidmatan awam untuk terus berusaha meningkatkan kualiti, produktiviti dan integriti perkhidmatan masing-masing. Beliau yakin kejayaan mampu dicapai jika wujudnya sikap hormat-menghormati dan berganding bahu terutamanya dalam bidang perkhidmatan awam yang semakin mencabar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: