Tempatan

Penjara Pupuk Sikap Tidak Perikemanusiaan – CAGED

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2022 – “Penjara kita juga memupuk sikap tidak berperikemanusiaan kerana wadarnya dibiarkan untuk menganggap perbuatan seumpama itu sebagai ‘normal’, dengan menggunakan sekatan atau pukulan untuk memaksa tahanan supaya patuh,” ujar Rama Ramanathan daripada Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED) dalam satu laporan berita media tempatan, Free Malaysia Today mengenai keperluan banduan di dalam penjara.

Laporan sama memaklumkan bahawa NGO tersebut mendakwa penjara di negara ini kian menjadi institusi yang mencetuskan kegilaan dan banduan didorang hilang akal kerana berhimpit-himpit dalam tahanan, selain kekurangan makanan, kebersihan dan pencahayaan yang mencukupi.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau susulan daripada dakwaan seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Ali mengenai penganaiyaan oleh wadar.

Dalam sesi perkongsian wawancara bersama FMT, Ali menceritakan pengalamannya yang direman selama lima tahun di sebuah penjara di negeri di utara Semenanjung.

Rama Ramanathan turut mempersoalkan keberkesanan peranan pegawai kehakiman yang dilantik untuk melawat penjara. Mengikut Akta Penjara, Kerajaan mesti melantik Lembaga Pelawat bagi setiap negeri setiap dua tahun.

Menurut terbitan FMT itu, beliau turut mengatakan bahawa hal mengenai penjara sesak dengan tahanan adalah perkara yang telah dibangkitkan oleh SUHAKAM selama bertahun-tahun.

“Cerita buruk yang tak putus-putus mengenai penjara membuka luas peluang bagi pemegang kuasa yang korup untuk menuntut dan menerima suapan agar tidak mendakwa pesalah.”

“Arus cerita sebegini mesti dibendung dengan mengurangkan penggunaan penjara dan menamatkan penganiayaan di dalam penjara,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button