Tempatan

‘Penjajahan’ Cameron Highlands, Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Kepada SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2024 – Masyarakat diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pendatang asing ‘menjajah’ tanah di Cameron Highlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Menjunjung titah Sultan Pahang mengenai tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani kemudian disewakan kepada warga asing, SPRM mengambil maklum dan akan mengambil perhatian sewajarnya terhadap kegiatan tersebut.

Menurut Ahmad Khusairi, tindakan itu terjadi mengikut nafsu dan mementingkan wang ringgit sehingga menggadai integriti.

“Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan supaya mereka yang dipertanggungjawabkan mengalas amanah ini, melaksanakannya dengan penuh integriti dan tidak sesekali gelap mata apabila ditawarkan dengan imbuhan wang ringgit.”

Justeru, SPRM berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat kepada pihak mereka berkaitan salah laku dan salah guna kuasa bagi membanteras kegiatan itu.

Menerusi ucapannya ketika merasmikan majlis Pembukaan Cawangan Baharu SPRM Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang semalam, beliau turut berharap penjawat awam di daerah berkenaan membantu SPRM dalam memerangi kegiatan menjajah tanah oleh warga asing itu.

“Diharapkan penduduk-penduduk di Cameron Highlands dapat mengambil peluang dengan kewujudan pejabat ini dan dimanfaatkan bersama-sama dalam usaha kita membanteras rasuah supaya imej negara bersih dari gejala rasuah,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: