Antarabangsa

Penjaga Perkosa Kanak-Kanak Sejak Kecil Selepas Ayah Kandung Lari Akibat Hutang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 15 September 2022 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang tinggal bersama ibu selepas ayahnya lari akibat hutang, disyaki telah menjadi mangsa rogol orang-orang terdekatnya selama bertahun-tahun.

Menurut laporan media, kanak-kanak tersebut kini sedang dirawat di Hospital H Adam Malik Medan, Indonesia kerana jatuh sakit dan tidak sembuh serta telah disahkan positif HIV oleh doktor hasil daripada ujian kesihatan yang dijalankan.

Kisah malang kanak-kanak perempuan tersebut telah mendapat perhatian Persatuan Cina Demokrasi Indonesia (Pertidi) dan pihaknya telah menghulur bantuan guaman.

Pengerusi Pertidi, David Angdreas mendedahkan pengakuan mangsa bahawa dia tinggal bersama ibunya sejak bayi sehingga berusia 7 tahun atau pada 2017, di Medan, semenjak ibunya berpisah dengan ayah mangsa.

Tambah David Angdreas, di rumah ibunya mereka tinggal bersama teman lelaki si ibu dan dia sering ditinggalkan berdua-duaan dan teman lelaki ibunya juga adalah orang pertama yang memperkosanya.

Selepas ibunya meninggal, mangsa tinggal bersama nenek dan kemudiannya menetap dengan saudara sebelah neneknya tetapi peristiwa hitam tersebut tetap berlanjutan menimpa dirinya kerana saudaranya itu didakwa adalah seorang ejen yang mengendalikan pelacuran.

Selama mangsa tinggal bersama ‘bapa ayam’ dua tahun sehingga 2021 itu, selain dipaksa menjadi pelacur, mangsa juga sering mengalami keganasan seksual dan dilayan dengan kasar.

Kes malang kanak-kanak itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan laporan tersebut masih dalam semakan pihak polis Medan, Indonesia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: