Tempatan

Penipuan Urusan Haji: Jangan Bagi Nombor Akaun – TH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – “Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH,” tegas Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan di Facebook.

Peringatan ini dikeluarkan agar para pendeposit tidak masuk ke perangkap penipuan urusan haji oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tegas TH lagi, mereka tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.

Julai lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Bakal jemaah itu dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: