Tempatan

5 Tahun Hidu Bau Busuk & Meloyakan, Air Kumbahan Dilepaskan Setiap 8 Pagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

NILAI, 06 Januari 2023 – Penduduk Kampung Bukit Kadir mendakwa air Sungai Batang Labu tercemar menjadi berwarna hitam dan berbau busuk dek kerana air loji kumbahan taman perumahan berhampiran.

“Dulu tiada masalah macam ini, tapi sejak taman perumahan dibuka di sini kira-kira 10 tahun lalu, masalah bau busuk ini timbul,” kata penduduk setempat, Saleh Jaratin, 64.

BACA JUGA: Sungai Berbuih & Bersabun, Kilang Ambil Kesempatan Ketika Hujan Lebat

BACA JUGA: Cemar Sungai, JAS Cadang Naikkan Kompaun RM2 Ribu Ke RM5 Juta

BACA JUGA: Aduan Sungai Tercemar: “Maaf, Kita Tiada Masa”

Dakwanya, keadaan itu berlaku disebabkan sistem kumbahan di taman perumahan berhampiran yang tidak diselenggarakan dengan sistematik selain loji kumbahan yang didapati tidak berfungsi.

Dia mendapati air dari loji kumbahan itu biasanya akan dilepaskan pada jam 8 pagi.

“Apabila saya buat tinjauan, saya dapati bau busuk itu datangnya daripada air loji kumbahan dari taman tersebut dan mungkin air dari situ dilepaskan ke parit di belakang rumah saya sebelum ia mengalir ke sungai utama.”

Salmah Jamal, 70, pula berkata sungai berkenaan yang dahulunya jernih kini bukan saja bau meloyakan tetapi juga ada kalanya berwarna hitam.

“Kalau dulu di sungai itu kami boleh mandi dan memancing, tetapi sekarang tidak lagi kerana ia kotor.”

Ujarnya, keadaan itu jelas menunjukkan air kotor daripada tempat lain telah disalurkan ke sungai terbabit.

“Macam saya dah biasa dengan bau busuk ini, tapi kalau orang luar memang tak tahan baunya yang kadang kalanya seperti menghidu bau bangkai ditambah pula dengan sampah yang dibuang ke dalam sungai ini oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Lebih mengecewakan, Abdul Jailani Mokhtar, 68, berkata, air sungai bercampur air kumbahan itu akan melimpah ke halaman rumahnya jika hujan lebat berterusan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Nilai, J Arul Kumar ketika dihubungi media berkata, tidak pasti berkenaan masalah itu namun akan mengambil perhatian mengenainya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: