Tempatan

Peningkatan Mendadak, Hampir 18 Ribu Kes Kebakaran Terbuka Dilapor Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MARANG, 07 Ogos 2024 – “Sehingga 6 Ogos (kelmarin), sebanyak 17,691 kes kebakaran terbuka dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak awal tahun ini,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.

Lapor media tempatan, kes kebakaran terbuka meningkat secara mendadak kepada 1,800 kes pada bulan lalu disebabkan peningkatan suhu di beberapa kawasan dalam negara.

Peningkatan tersebut berlaku dengan drastik berbanding 610 kes yang dilaporkan pada Jun lalu.

Panggilan kecemasan berhubung kes kebakaran terbuka juga meningkat berganda sejak Monsun Barat Daya bermula.

Nor Hisham berkata, kebakaran terbuka itu banyak terjadi di kawasan belukar dengan 12,850 kes diikuti tapak pelupusan sampah haram (2,295 kes) dan hutan (1,693 kes).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: