Tempatan

Peningkatan Kes Kanser Cetus Kebimbangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2024 – Peningkatan jumlah diagnosis kanser dalam kalangan rakyat Malaysia berada dalam kadar membimbangkan, kata Pengarah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Muralitharan Munisamy.

Menurutnya, kanser yang paling biasa menyerang rakyat Malaysia ialah kanser payudara, diikuti oleh kanser kolorektal, dan kemudian kanser paru-paru, trakea, dan bronkus.

Ringkasan Malaysian National Cancer Registry (MNCR) dari 2017 hingga 2021 menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk menghidap kanser untuk kedua-dua lelaki dan wanita telah meningkat kepada 1 dalam 8 yang mana, menurut Muralitharan sebanyak 168,823 kes kanser telah dilaporkan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam tempoh ini.

Berdasarkan laporan Global Cancer Observatory, pangkalan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 51,650 kes baharu pada 2022, dengan 24,892 lelaki dan 26,758 wanita.

Muralitharan berkata, daripada 168,823 kes, 77,692 adalah lelaki dan 91,131 adalah perempuan dan jika mengikut kumpulan etnik, orang Melayu adalah yang paling ramai didiagnos dengan kanser, diikuti oleh orang Cina dan India.

Dalam kalangan lelaki, 32,010 orang Melayu telah didiagnosis, berbanding 31,801 orang Cina dan 4,895 orang India.

Bagi golongan wanita pula, 42,763 orang Melayu telah didiagnos, diikuti oleh 30,301 orang Cina dan 7,749 orang India.

Menurut anggaran baharu WHO, diagnosis kanser global akan mencapai 35 juta menjelang 2050, peningkatan 77% daripada 20 juta kes pada 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: