Tempatan

Pengusaha Kem PLKN Tanggung Rugi Sampai Muflis Selepas Program Dimansuhkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERANANG, 28 Ogos 2022 – Pemilik Kem PLKN Eco Millenium, Beranang, Kol. (B) Othman Yaakob meluahkan rasa sedihnya dengan keadaan yang menimpa sebahagian dari pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas program itu dimansuhkan pada tahun 2018.

“Di kawasan pedalaman, kebanyakan kem terbengkalai dan ‘hangus’ begitu sahaja. Bayangkan modal yang dibelanjakan sehingga RM12 juta untuk buat kem PLKN, iaitu fasa pertama (2003) RM3 hingga RM4 juta dan fasa kedua (2004) RM8 juta.”

“Kita buat ikut spesifikasi yang diinginkan Kerajaan dan ada pemilik yang tanggung hutang sehingga sekarang. Lebih parah ada yang muflis akibat gagal membayar pinjaman.”

Ujarnya, ramai pemilik yang tidak dapat pulangan semula. Rata-rata pemilik guna tanah sendiri seluas 12.14 hektar untuk bina kem dan akhirnya terbengkalai.

Bukan sahaja di Lembah Klang, kem di negeri lain juga berdepan dengan keadaan yang lebih kurang sama.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, sebahagian dari 62 pengusaha kem PLKN muflis manakala yang lain me­nunggu tindakan bankrap se­lepas menanggung beban hu­tang yang besar akibat pemansuhan program tersebut.

Situasi berlaku apabila pemilik kem terbabit gagal menjelaskan hutang bank selepas me­labur sehingga RM12 juta untuk menyediakan sebuah kem untuk dijadikan pusat latihan program PLKN.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: