Antarabangsa

Pengunjung Tanah Suci Bakal Berpeluang Mencium Hajarul Aswad Kembali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 06 Ogos 2022 – Pelan komprehensif bagi membenarkan semula ibadah solat di kawasan Hijir Ismail dan mencium Hajarul Aswad sudah sedia untuk digunakan dalam masa terdekat, umum Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Dengan bimbingan dan idea susulan dari Ketua Presiden, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, jawatankuasa tersebut telah selesai merumuskan rancangan lanjutan untuk dua perkara tersebut agar berlangsung dalam suasana yang selamat dan tenang.

Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci juga menjanjikan bahawa petugas presidensi dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkenaan akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada Dua Masjid Suci serta kepada jemaah haji dan umrah untuk melakukan ritual mereka dengan mudah dan selesa.

Selain itu, hasrat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram adalah termasuk dalam perancangan yang digubal bagi memenuhi aspirasi pemerintah Arab Saudi.

Sebelum ini, Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Arab Saudi mengeluarkan protokol kesihatan khas untuk jemaah haji susulan berlakunya pandemik COVID-19, lapor sebuah media tempatan.

Menurut protokol itu, jemaah haji tidak dibenarkan untuk menyentuh dan mencium Kaabah dan Hajarul Aswad atau Batu Hitam dan mereka perlu menggunakan batu yang sudah dinyahkumankan ketika melontar jamrah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: