PRU-15

Selepas Digantung, Pusat Pengundian Baram Diteruskan Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

BARAM, SARAWAK, 21 November 2022 – Proses pengundian bagi Parlimen P. 220 Baram, Sarawak, yang digantung susulan banjir dan cuaca buruk Sabtu lalu diteruskan, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 12 pusat mengundi telah dibuka bermula 7.30 pagi tadi.

12 Pusat Mengundi dan Saluran Mengundi yang dibuka adalah seperti berikut:

1. Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 dan 2);
2. Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2);
3. RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 dan 2);
4. Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2);
5. Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 dan 2);
6. Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 dan 2);
7. Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1);
8. Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 dan 2);
9. Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2);
10. Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 dan 2);
11. Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 dan 2);
12. RH. TK John Jau Wan Lg. Semiang (Saluran 1)

Parlimen Baram yang mempunyai pengundi seramai 59,535 orang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anyi Ngau dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Roland ENGAN (Pakatan Harapan) dan Wilfred ENTIKA (Bebas).

Berdasarkan peti undi yang sudah dikira sehingga jam 8.30 malam pada Sabtu lalu calon GPS mendahului dengan 9,109 undi, calon PH memperoleh 5,579 undi manakala Wilfred dari Bebas memperoleh 138 undi, lapor sebuah portal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: