Antarabangsa

Pengkritik Tegar Transgender, JK Rowling Sokong Tindakan Elok Musk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 23 Jun 2023 – Penulis fiksyen terkenal Harry Potter, JK Rowling pada Rabu lalu telah memuat naik ciapan di laman Twitter yang menyokong polisi terbaharu Elon Musk dalam mengkelaskan istilah “cis” dan “cisgender” sebagai gangguan bersasar.

Rowling menerusi ciapannya menyatakan bahawa “Cis” dianggap sebagai bahasa ideologi yang membawa maksud kepercayaan tentang konsep gender yang tidak dapat dipalsukan.

BACA JUGA: GEMPAR! Pelampau Zionis Israel Koyak Dan Campak Al-Quran Ke Tanah

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

BACA JUGA: Negara Berdepan Masalah Bekalan Ayam Bermula Ogos Ini

Seterusnya beliau menyambung dengan mengatakan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk percaya tentang esensi-esensi yang tidak dapat dibuktikan yang mungkin atau mungkin tidak seiring dengan tubuh berjantina, namun ramai daripada kita turut mempunyai hak untuk tidak bersetuju dan menolak untuk menggunakan jargon sedemikian.

Ciapan Rowling tersebut telah dibalas oleh Musk dengan menyatakan bahawa Rowling adalah benar dalam hal ini menerusi satu ciapan ringkas yang bertulis “Exactly”.

CEO Twitter tersebut telah membuat pengumuman pada pagi Rabu dengan menyatakan bahawa istilah “cis” dan “cisgender” boleh dianggap sebagai penghinaan di platform Twitter.

Musk turut menyatakan bahawa pengunaan istilah-istilah tersebut di Twitter, dalam keadaan di mana ianya berulang-ulang dan bersifat gangguan bersasar terhadap mana-mana akaun akan membawa kepada penggantungan sementara atau kekal.

Polisi terkini Twitter berkenaan dengan pengurusan kebencian telah menghalang serangan terhadap pihak lain jika ianya berdasarkan bangsa, etnik, asal usul, kasta, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, agama, umur, keadaan fizikal atau penyakit yang serius.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: