Tempatan

‘Pengkid’ Berihram Lelaki, Pergi Umrah DIY – PUHAZ Perak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 16 Ogos 2022 – Wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki itu pergi secara DIY atau diurus sendiri, menurut Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohd Ali Sabri Abd Rahman.

Perkara ini dimaklumkan oleh Mohd Ali Sabri dalam satu sidang media dengan mengesahkan bahawa pengkid yang memakai ihram semasa menunaikan umrah di tanah suci yang tular baru-baru ini bukan diuruskan oleh 35 khidmat agensi umrah yang bernaung di bawah PUHAZ.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PUHAZ, Abdul Jabbar Abdul Kahar turut mengesahkan perkara tersebut dengan memaklumkan ia adalah berdasarkan hasil maklumat awal yang diterima pihaknya.

Beliau yang juga hadir di sidang media menjelaskan mengenai risiko umrah atau ziarah DIY yang mana jemaah tidak akan mempunyai mutawif yang membantu, memberi nasihat, sekali gus memudah serta melancarkan perjalanan ibadah jemaah.

“Tetapi risiko kepada umrah atau ziarah DIY ini, dari sudut perundangan tidak salah tetapi tidak ada mutawif yang guide apa yang boleh dan tidak boleh.”

Tambah beliau, Arab Saudi kini telah memberikan kebebasan kepada pelancong untuk pergi ke Mekah tanpa agensi pelancongan.

“Jadi, bila tidak ada guideline dari pihak travel agensi, orang boleh pergi sesuka hati ke Mekah dan itu yang kita kenal pasti dia tidak melalui travel agensi, tetapi dengan kawan-kawan dan berjalan serta kemudiannya ada peluang masuk ke Mekah, masuk Mekah.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan mengenai dakwaan wanita berperwatakan lelaki (pengkid) menunaikan umrah dengan mengenakan pakaian ihram lelaki.

Dakwaan ini dibuat oleh pengguna laman media sosial Twitter:

“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram hahahaha. M*mpus kau lah sana semoga kena panah petir tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah,” ujar pengguna tersebut.

Back to top button