Tempatan

Pengkid Berihram Lelaki: Jika Berani Timbul Provokasi, Mengapa Takut Tampil Bantu Siasatan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 19 September 2022 – “Patutnya dia perlu berani tampil ke hadapan sebab dia berani tunjuk gambar berada di sana (Mekah) dengan berpakaian ihram seolah-olah ingin menimbulkan provokasi, mengapa perlu takut.”

Demikian persoalan yang diutarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ustaz Hj Idris Ahmad berkenaan isu seorang pengkid berihram lelaki yang sebelum ini pernah menggemparkan negara dengan tindakan menunaikan umrah dengan mengenakan ihram lengkap seperti lelaki.

Tambah beliau, tindakan mengenakan ihram lengkap seperti lelaki dan berani menunjukkan gambar mengerjakan umrah itu seolah-olah berniat untuk menimbulkan provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad sebelum ini, mengesahkan wanita yang mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki itu telah pulang ke tanah air.

Bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan dakwaan dari seorang pengguna laman media sosial Twitter berkenaan seorang wanita menyerupai lelaki (pengkid) mengerjakan ibadah umrah dengan mengenakan pakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: