Tempatan

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Buat Johor, Pahang Hingga Ahad Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor dan Pahang bermula semalam hingga Ahad.

METMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 10 malam itu memaklumkan amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Keadaan yang sama juga diramalkan akan berlaku di Pekan dan Rompin di Pahang.

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.”

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengeluarkan amaran banjir buat Johor.

Menurut JPS, bencana banjir diramalkan akan berlaku secara berperingkat di beberapa daerah di negeri Johor susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh METMalaysia.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.”

Dalam pada itu, JPS turut mengingatkan daerah-daerah lain yang tidak termasuk dalam amaran banjir monsun supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” maklumnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: