Tempatan

Pengharaman Arak Adalah Keputusan Kami Sendiri – Kelab Shah Alam Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mac 2022 – Kelab Shah Alam Selangor menyatakan bahawa larangan penjualan dan pengambilan arak di premisnya adalah keputusan dari ahli jawatankuasa agung kelab itu sendiri dan bukannya setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Selain daripada dilarang untuk menjual alkohol, ahli kelab dan tetamu yang berkunjung ke premis itu juga dilarang untuk membawa alkohol.

Terdahulu, larangan itu dilaporkan berkuatkuasa atas sebab mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.

Larangan yang dikuatkuasakan pada 12 Februari itu mengecewakan ahli-ahli kelab berkenaan berikutan ahlinya terdiri dari berbilang kaum dan agama.

“Kenapa pengurusan tidak boleh mempertimbang mengurangkan waktu operasi supaya bar dibuka? Buat masa ini, kami hanya dibenarkan minum di tingkat atas. Hanya pendekkan waktu operasi untuk menunjukkan kelab ini terbuka kepada semua, bukan hanya individu tidak minum alkohol,” ujar ahli kanan kelab itu.

Justeru, beliau mengharap agar keputusan larangan itu dipertimbangkan semula.

Baru-baru ini, Kelab Desa Ayer Keroh (AKCC), Melaka juga diarah menghentikan penjualan arak di premis tersebut selepas mendapat aduan daripada ahli kelab itu sendiri. Aduan itu menekankan bahawa kelab tersebut tidak mempunyai lesen minuman keras dan hanya bertujuan untuk aktiviti sukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: