Penghantaran Bantuan Ke Gaza Turun 67% Sejak 7 Mei – PBB
GENEVA, 02 Jun 2024 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa penghantaran bantuan ke Gaza telah menurun sebanyak 67 peratus sejak 7 Mei lalu susulan daripada penutupan sempadan Rafah oleh tentera rejim haram apartheid Israel, lapor agensi berita Timur Tengah.
“Rakan sekerja kami di Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memberitahu kami bahawa pengeboman meluas oleh Israel terus dilaporkan. Serangan darat dan pertempuran sengit juga menjejaskan kawasan utara, tengah dan Selatan Gaza,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric.
Bukan itu sahaja, Dujarric turut menyatakan bahawa kemudahan kesihatan sedang ditutup satu demi satu malahan perpindahan akibat daripada serangan Israel yang semakin meningkat turut menjejaskan pengagihan sumber.
Pada Oktober tahun lalu, Israel telah melancarkan serangan ganas ke atas Semenanjung Gaza yang mengakibatkan lebih daripada 37,170 rakyat Palestin terbunuh dan 81,400 yang lain cedera.
Sebahagian besar Gaza turut berada dalam keadaan musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.