Tempatan

Penghantar Makanan Lancar ‘Food Delivery Blackout’, Grab Nafi Kurangkan Upah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Ogos 2022 – Sekumpulan penghantar makanan telah melancarkan mogok dengan menghentikan perkhidmatan penghantaran makanan selama 24 jam bermula jam 12 malam tadi sebagai protes kepada skala pembayaran tidak adil yang digunakan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan.

‘Food Delivery Blackout’ dilancarkan susulan tindakan syarikat penghantar makanan didakwa berterusan mengurangkan bayaran mereka dari semasa ke semasa dan sebarang aduan dari para penghantar tidak dilayan, kongsi Ikmal, jurucakap kumpulan penghantar makanan tersebut.

Justeru, mogok tersebut akan menyaksikan para penghantar makanan mematikan aplikasi sepanjang hari ini, jelas Ikmal lagi.

“Mogok itu terutamanya akan menyaksikan rider mematikan aplikasi penghantaran sepanjang hari. Ada di antara kami yang menyebut ini sebagai mogok ‘cuti sehari’.”

Ikmal juga memaklumkan bahawa kumpulan utama mogok itu telah merancang untuk berkumpul di 10 tempat perhimpunan di Lembah Klang pada pukul 4 petang sebelum mengadakan konvoi ke salah sebuah ibu pejabat syarikat penghantaran makanan di Petaling Jaya untuk menyerahkan memorandum kepada syarikat terbabit.

Dalam pada itu, Grab Malaysia tampil menafikan dakwaan yang mengatakan syarikat penghantaran makanan itu mengurangkan upah penghantar makanan.

“Grab Malaysia ingin menjelaskan bahawa kami tidak mengurangkan kadar asas untuk perkhidmatan penghantaran kami.”

Menurut Grab, pengurangan pendapatan yang dihadapi oleh “kumpulan kecil” penghantar makanan bulan lepas adalah disebabkan oleh masalah teknikal sistem yang telah diperbetulkan.

“Kami telah membetulkan isu itu dan telah memindahkan kekurangan pendapatan itu kepada semua rakan kongsi yang terjejas, serta menjelaskan perkara itu melalui saluran komunikasi rasmi kami kepada rakan kongsi kami pada 21 Julai.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: