Tempatan

Penggunaan Setem Hasil Tamat 1 Januari 2024 – LHDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2023 – Penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian akan ditamatkan mulai 01 Januari 2024.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar duti dibenarkan untuk menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen atau perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja dan dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing.

“Bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai,” memetik kenyataan tersebut.

BACA JUGA: USA Semakin Mundur Ketahap Dunia Ketiga: Trump

BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan

BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan

Berikutan itu, permohonan penyeteman duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.

“Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS. Manakala pendaftaran fail cukai individu pula boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my.”.

Katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada pihaknya melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; E-mel kepada [email protected]; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: