Penggunaan Dadah Global Meningkat – Laporan PBB
GENEVA, 30 Jun 2023 – Penggunaan dadah secara global mengalami peningkatan yang ketara, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) pada Isnin baru-baru ini.
Laporan tahunan UNODC menunjukkan bahawa 13.2 juta orang di seluruh dunia telah menghisap dadah pada tahun 2021 di mana ia meningkat sebanyak 18 peratus berbanding anggaran sebelumnya.
Laporan itu juga menyatakan bahawa, lebih daripada 296 juta orang di seluruh dunia telah menggunakan dadah pada tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus dalam tempoh satu dekad sebelumnya.
BACA JUGA: Rejim Zionis Racun Tanah Palestin, Dedah New York University
BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing
BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara – JAKIM
Di samping itu, jumlah individu yang mengalami gangguan penggunaan dadah juga meningkat dengan mendadak kepada 39.5 juta secara global iaitu peningkatan sebanyak 45 peratus dalam tempoh satu dekad.
Dalam laporan UNODC itu juga menyatakan bahawa fentanyl telah secara drastik mengubah pasaran opioid di Amerika Utara dengan menunjukkan bahawa pada tahun 2021 sahaja, sebahagian besar daripada hampir 90,000 kematian adalah akibat terlebih dos opioid di negara tersebut yang dikeluarkan secara haram.
Justeru, UNODC menyeru agar keutamaan diberikan kepada kesihatan awam, usaha pencegahan serta akses kepada perkhidmatan rawatan di seluruh dunia di samping turut meningkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang dalam mengatasi penyebaran dadah sintetik dan model perniagaan jenayah yang semakin cekap.