Tempatan

Ismail Sabri Tekad Pelihara Kesucian Agama Islam Jika Berjaya Terajui Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 November 2022 – “Memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras Perlembagaan Persekutuan,” demikian satu daripada empat iltizam Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk Malaysia sekiranya diberi peluang meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tiga iltizam lain adalah adalah menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia, menyuburkan kemakmuran ekonomi serta pembangunan negara dan memperkasa integriti tadbir urus negara.

“Inilah iltizam saya untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita. Saya, Ismail Sabri Yaakob dengan rendah diri, memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang,” kata Dato’ Sri Ismail Sabri dalam kenyataan Amanat PRU beliau semalam.

“Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami berserah. Undilah Barisan Nasional. Terima Kasih Keluarga Malaysia!” tambahnya lagi.

Calon perdana menteri parti lain yang akan bertanding pada PRU-15 kali ini adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: