Antarabangsa

Penggiat Seni Dakwa Chin Peng ‘Mangsa’ Propaganda British

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 02 September 2022 – Menurut Mark Teh, seorang penggiat seni, persepsi rakyat Malaysia yang buruk terhadap Ching Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya, adalah kerana propaganda yang disebarkan oleh kerajaan British dan kerajaan Malaysia sendiri.

Pendapat tersebut diutarakannya apabila ditemubual oleh sebuah portal antarabangsa berikutan acara A Notional History yang diadakan di Brussels, Belgium pada tahun ini.

“Dalam sesetengah konteks – seperti di Malaysia, Singapura dan Indonesia – label ‘komunis’ telah digunakan oleh kerajaan dan penyokong mereka untuk merosakkan imej, memenjarakan, hatta menghapuskan dan membunuh seseorang,” tambahnya lagi.

Dakwanya lagi, ketakutan yang menyelubungi Chin Peng adalah umpama sebuah ‘paradoks’, di mana menurutnya walaupun Ching Peng telah ‘dihalau’ ke Selatan Thailand, tetapi kerajaan yang membuatkan seolah-olah bahayanya masih ada di Malaysia.

Menurutnya, acara tersebut adalah bagi ‘menyelongkar’ persepsi sejarah dari sudut yang jarang diterokai, di mana antara isu yang dibincangkan adalah perjuangan memerdekakan negara.

“Kami lihat hal ini sebagai sebuah aliran lain yang menyumbang kepada usaha Malaysia untuk mengecapi kemerdekaan,” ujar Mark Teh lagi.

Acara tersebut juga memaparkan penulisan, persembahan dan rakaman temu bual bersama beberapa orang bekas anggota komunis di Tanah Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: