Tempatan

Penggabungan 98 SJKC Mikro Belum Muktamad

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 September 2022 – Kerajaan masih belum membuat keputusan berkenaan penggabungan 98 sekolah SJKC Mikro, yang mempunyai 30 orang pelajar ke bawah, kerana mahu kajian lanjut dilakukan pihak berkepentingan, berikut seperti yang dilaporkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon usai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja SJKC Mikro yang julung-julung kali diadakan.

Mesyuarat yang dihadiri 13 persatuan Cina itu yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan seperti yang dilaporkan sebuah stesen TV berbahasa vernakular Mandarin tempatan, memutuskan satu kajian yang akan mengambil masa 6 bulan akan dibuat bagi mendapatkan gambaran kasar isu SJKC Mikro. Ianya mungkin memerlukan masa yang lebih lama lagi. Namun mesyuarat itu telah menggariskan 3 hala tuju bagi menjamin perkembangan SJKC Mikro, seperti mengumpul maklumat mengenai SJKC Mikro, merancang bahan pengajaran dan perkongsian data dan maklumat yang masing-masing akan diketuai oleh Dong Zong, Majlis Bahasa Cina Malaysia dan Pusat Penyelidikan Cina bagi merangka pelan 10 tahun perkembangan sekolah-sekolah tersebut.

“Kita perlu profesional dan menggunakan kaedah saintifik untuk merangka hala tuju perkembangan SJKC Mikro terutamanya dalam meningkatkan mutu pendidikannya,” kata Datuk Mah Hang Soon sambil berjanji akan memanggil lebih ramai wakil pertubuhan bagi memperbincangkan isu-isu melibatkan SJKC Mikro.

Sebelum ini terdapat gesaan untuk menggabungkan sekolah-sekolah SJKC Mikro kerana isu bilangan murid yang terlalu sedikit, namun ianya disambut oleh kumpulan yang mendokong pendidikan Cina dengan saranan balas “tidak boleh kurang walaupun sebuah (sekolah)” menurut stesen TV itu lagi.

Kumpulan pendidikan Cina juga dikatakan hanya akan bersetuju jika sekolah-sekolah SJKC Mikro ini dipindahkan sahaja. Atas bantahan itu Kerajaan bertindak pro aktif dan memanggil kumpulan pendidikan Cina bagi memperhalusi jalan terbaik bagi semua pemegang taruh.

“Saya berpendapat perkara ini memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan. Untuk mendapatkan maklumat lengkap pula memerlukan masa lebih lama mungkin setahun,” ujar Timbalan Menteri itu lagi.

Untuk rekod, menurut Kementerian Pendidikan, sebanyak 616 SJKC atau 47.3% daripada keseluruhan 1302 SJKC di seluruh negara mempunyai murid kurang daripada 150 orang. 98 lagi diklasifikasikan sebagai SJKC Mikro kerana hanya mempunyai kurang daripada 30 orang murid sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: