Tempatan

Perubahan Iklim: Malaysia Perlu ‘Berdikari’ Hasilkan Makanan Sendiri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Mei 2023 – Dalam mendepani perubahan iklim, Kerajaan digesa supaya berhenti mengimport barangan makanan yang mencecah hampir RM80 bilion setahun dengan mengusahakannya sendiri.

Presiden Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, perubahan iklim cuaca global yang tidak menentu kini memberi kesan besar dalam aspek pengeluaran hasil-hasil pertanian dan situasi ini berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

BACA JUGA: Kalimah Allah: NGO Islam Berhimpun Di Shah Alam Hari Ini

BACA JUGA: Cubaan Import Satu Kontena Bible Guna Kalimah Allah Didedahkan

BACA JUGA: Umat Islam Tidak Pernah Rela Nama Tuhan Mereka Disebut Dengan Cara Yang Salah Pandangannya – Dr Izham Nayan PPIM

“Situasi ini boleh menjejaskan dan menyukarkan Malaysia untuk mendapatkan bekalan makanan dari negara luar kelak.”

“Ini bukan perkara lama. Sebelum ini kita tiada bekalan bawang, kerana India menghentikan sementara eksport bawang ke negara kita beberapa tahun lalu.”

“Baru-baru ini, Brazil dan India menghentikan sementara eksport gula mentah untuk menampung keperluan negara mereka,” katanya.

Tegasnya, Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada barangan makanan import untuk menampung keperluan hampir 33 juta pengguna di negara ini.

“Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab besar untuk keterjaminan makanan supaya bekalan itu diusahakan di negara sendiri sekali gus dapat mengekang sejumlah besar aliran wang tunai ke negara luar.”

Firdaus mencadangkan Kerajaan supaya merancang dan menganjalkan sistem yang lebih teratur dan memberi motivasi serta perangsang terutama kepada graduan-graduan universiti dan orang ramai untuk menceburi bidang pertanian, penternakan serta perikanan.

Tambahnya lagi, Kerajaan perlu segera membentuk satu mekanisme membantu petani, pesawah, penternak dan nelayan dengan memberi banyak kemudahan seperti pendidikan, memantapkan pengeluaran dengan memberi pelbagai inisiatif tambahan termasuk, peralatan kecil atau besar, jentera serta subsidi baja, benih supaya mereka boleh meningkatkan daya upaya pengeluaran.

Selain itu, Kerajaan juga perlu mengambil langkah-langkah dan kaji selidik bahan makanan yang diimport tidak menjejaskan pendapatan hasil seharian pengeluaran makanan tempatan dalam pelbagai bidang supaya tidak berlaku lambakan dan kerugian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: