Pengendali Haji Tanpa Lesen Boleh Dipenjarakan 6 Bulan, Denda RM57 Ribu
ARAB SAUDI, 14 Jun 2023 – Pihak Direktorat Am Keselamatan Arab Saudi telah mengeluarkan amaran bahawa mereka yang didapati bersalah mengendalikan haji tanpa lesen boleh dikenakan hukuman enam bulan penjara dan denda sehingga $13,332.
Menurut pihak yang sama, jumlah denda yang dikenakan itu adalah bersifat gandaan bergantung kepada jumlah individu yang diuruskan dalam kendalian haji secara haram.
BACA JUGA: Amalan ‘Kaum Nabi Lut’ Wajib Ditolak – Presiden PERKID
BACA JUGA: JAGA-JAGA, Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut
BACA JUGA: Masjidil Aqsa Bakal Dibahagi, Rakyat Palestin Minta Bantuan Malaysia
Bagi mereka yang berjaya ditangkap, kenderaan mereka berkemungkinan akan dirampas dan pesalah luar negara akan dihantar pulang serta akan dihalang dari memasuki Arab Saudi.
Dalam kenyataan yang sama juga pihak direktorat telah menyeru agar orang awam melaporkan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan tersebut kepada pihak polis.
Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk telah dihalang dari memasuki Mekah melalui kawasan-kawasan kawalan keselamatan sejak dari 15 Mei lalu.
Pihak berkuasa telah mendapat arahan untuk hanya membenarkan mereka yang bekerja di Tanah Haram itu dan memiliki permit untuk masuk.
Selain itu, golongan lain yang dibenarkan untuk masuk adalah mereka yang mempunyai kad pengenalan penduduk yang dikeluarkan oleh Mekah serta mereka yang mempunyai lesen haji dan umrah.